Kyōka Suigetsu Aizen_Sōsuke

Kyōka Suigetsu mencipta objek ilusi.

Zanpakutō Aizen ialah Kyōka Suigetsu (鏡花水月, makna kasar: Bunga Kaca Airan Bulan). Pedangnya kelihatan seperti katana biasa sebelum dilepaskan. Arahan tahap shikainya ialah "hancurkan" (砕けろ, kudakero). Nama zanpakutō Aizen iaitu Kyōka Suigetsu menunjukkan ciri-ciri ilusinya; bulan yang dipantulkan pada permukaan air dan bunga di dalam sebuah kaca atau cermin merupakan perkara-perkara yang boleh dilihat namun tidak boleh disentuh. Ini merupakan peribahasa Cina yang mengajar manusia tentang godaan ilusi, di mana melihat dan menginginkan sesuatu yang wujud hanya sebagai mimpi semata-mata dan tidak boleh dimiliki dengan mudah.

Tahap shikai Kyōka Suigetsu mempunyai kebolehan untuk meletakkan sesiapa sahaja yang melihatnya di bawah keadaan "hipnosis menyeluruh" (完全催眠, Kanzen Saimin), di mana seterusnya Aizen mampu mencipta ilusi yang dilihat oleh mereka mengikut kehendaknya. Hipnosis tersebut adalah berkekalan dan mangsanya tidak boleh membebaskan diri daripadanya, meskipun jika si mangsa menyedari akan kesan zanpakutō itu. Satu-satunya cara untuk tidak terkena kesannya adalah dengan mengelakkan diri daripada melihat tahap shikai Kyōka Suigetsu; dengan itu, Tōsen Kaname yang dari awalnya buta tidak boleh terkena kebolehan ini. Kesannya dipercayai berkekalan, jika tidak sekurang-kurangnya tahan lama, seperti yang dipamerkan oleh Aizen apabila dia melepaskan zanpakutōnya semasa sebuah majlis pelepasan di hadapan para leftenan dan kapten di Gotei 13 sebelum mencipta ilusi mayatnya. Meskipun ilusi-ilusi ciptaan Kyōka Suigetsu adalah menakjubkan, mereka bukannya sempurna; Kapten Unohana Retsu telah berjaya mengesan sesuatu yang pelik dengan mayat palsu Aizen, meskipun dia tidak dapat mengenalpasti masalah sebenarnya sehingga melihat Aizen yang sebenarnya masih hidup.

Kebolehan hipnosis ciptaan Kyōka Suigetsu menjadikannya sebagai suatu teknik yang sangat berkesan dan berguna di dalam pertarungan, kerana Aizen mampu mencipta ilusi-ilusi ringkas untuk mengelirukan musuhnya. Dengan mencipta bayangan dirinya yang palsu, Aizen mampu menyembunyikan pergerakan sebenarnya dan menyerang dengan bebas; manakala musuhnya akan kekal bertumpu ke arah ilusi yang diciptanya sehingga reaksi mereka untuk menyedari akan posisi sebenarnya terlewat. Contoh terbaik yang ditunjukkan Aizen adalah semasa pertarungan singkatnya bersama Komamura Sajin, di mana sebuah salinan ilusi palsu Aizen dilihat mencairkan dirinya selepas Aizen yang sebenar bergerak ke posisi yang lebih dekat untuk menggunakan sihir Keranda Hitam.[7]